Friday, June 8, 2012

SAKIT

bismillah

saya sedang

S A K I T

uhhh.. 

dalam beberapa minggu ini saya tidak berape sihat

sering sakit

apa yang saya mampu buat

ucapkan SYUKUR

A L H A M D U L I L L A H

kerana saya masih diberikan peluang untuk terus hidup
dan
lebih ramai lagi yang lebih teruk daripada saya



berdoa dan terus berdoa 
agar sakit ini dapat sembuh

^_^

salahkekalaukitasukekanseseorangitudalamdiam?

Wednesday, June 6, 2012

H A R I P E N D A F T A R A N

bismillah

hye!

assalamualaikum!

hihii
^_^
okaylah

harini nak share kisah H A R I  P E N D A F T A R A N . 6 6 2012 (hari RABU) hari dimana pelajar semester 2 keatas dan aku pelajar semester ke 5 perlu pergi berdaftar.. daftar ape? daftar kemasukan ke sem baru leee.. haeehh.. penat.. hari yang memenatkan.. kene beratur panjang.. dengan slip result yang di saat2 akhir baru nak pergi print dan alangkah bahagianya, apabila kite nak print slip result tu.. bleh plak dye kate (slip examination had been expired date).. dan yeaahhh.. aku meloncat kegembiraan dengan air mata bercucuran jatuh membasahi bumi.

tapi dalam penat lelah tu, dapat pekena nasi ayam kedai mak sodap gak.. err.. name kedai tu KEDAI MAK. bukan kedai tu milik mak aku.. jangan ada timbul syak wasangka ya disitu.. heu3.. lepak2 makan2 gurau2 ngan member2.. da lame kott x jumpe mereka2 sekalian.. 2 bulan cuti sem tu kan lamee.. mmg lost contact teros bile da start cuti sem kan.. itu sudah menjadi kebiasaan bagi kami.. hihihih

ape yang x bestnye.. apabila ada seorang kawan aku yang rapat ngan aku.. mengambil keputusan untuk tidak serta sambung belajar bersama2 dengan aku untuk sem baru ni.. atas sebab2 tertentu yang tidak dapat dielakkan.. sedih.. tapi aku harap aku dan dia dapat terus berhubung sampai bila2.. T_T sayang kau lah my bestfriend!!

next!

balek naek lrt.. penat woo.. dengan panas teriknye harini. mmg menguji kesabaran aku sebagai seorang hamba... tapi ape2 pon.. syukur alhamdulillah selesai sudah proses mendaftar.. next! kene tunggu laa hari isnin nak start klas daa.... err.. 

masih dalam mood bercuti lagi niiii!!!!

bad bad bad girl!

:P

Tuesday, June 5, 2012

HEY C GADIS BETUDUNG HITAM

bismillah

assalamualaikumwarahmatullah

hey! hai! hoi!
si gadis bertudung hitam!!
kenape mesti hitam? selalunyekan bartudung biru kee pink kee merah kee orange kee purple kee..
tapi kenape hitam?

ade ape dengan hitam?
warna hitam adelah warna yang paling dominan tapi bleh juga mmbawe makna kegelapan, warna hitam itu membuat pemakainya tampak morepowerful, berkesan elegan, penuh rahsia, dan tak mudah terpengaruh/netral. Hitam juge bersifat kuat, sehingga tak mudah dikotori warna lain. 
Hitam dlm definisi ideal adelah representasi ketidakhadiran sedikit pun warna atau cahaya di dlm sebuah ruang gelap. 
Dlm bnyk kebudayaan, hitam sering diasosiasikan sebagai hal buruk. Misalnya istilah ilmu hitam atau black magic. Namun ditemukan pule pengaruh positif dari penggunaan hitam sprti memperlihatkan ketegasan.
Hitam juga bersifat kuat, sehingga tidak mudah dikotori warna laen. 
Hitam adalah standar penulisan huruf di atas kertas putih. Kerana itu ink hitam sering dijual terpisah oleh produsen printer, kerana lebih sering habis dibanding warna lain.
ehh. panjang lebar plak aku cerita pasal warna hitam ni.. yeaahh.. just nk share je warna kegemaran aku tu.. 
H I T A M
sebab ape tao.. hitam ni dye boleh dipadankan dengan macam2 warne yang laen.. aku nak jdi hitam.. err.. what i mean is... aku nak jdi macam warna hitam yang boleh masuk dengan mana2 warna pon.. 
aku nak jadi seorang yang boleh masuk dengan mana2 keadaan situasi waktu masyarakat dan sebagainya..
and of course.. aku sangat suke pakai tudung hitam labuh yang abah belikan untuk aku.. until now.. tudung tu selalu menjadi pilihan dihati..

love H I T A M



P E R C A Y A X P E R C A Y A

bismillah

assalamualikumwarahmatullah

P E R C A Y A X P E R C A Y A
adalah sebuah game
di mana anda perlu memilih antara satu
samada anda mahu PERCAYA ataupun TIDAK

dalam banyak2 hal.. pasti berpasangan..
hidup atau mati
langit dan bumi
laki dan perempuan
air dan sabun
gula-gula dan budak-budak
suka dan x suka
PERCAYA dan X PERCAYA

hahaa
ape sume ni?
untuk menjalani kehidupan ini
kite tidak pernah terlepas daripada ujian dan 
pilihan
ya pilihan
menjalani kehidupan yang sentiasa membuat keputusan untuk membuat pilihan bagi meneruskan hidup
ade paham?
agak otakterbakar bile membace ayat tersebut
XD

baiklah, tanpa membuang masa, marilah kite meneruskan majlis ini dengan bismillah
dapat dilihat ye disitu, aku membuat pilihan untuk terus menulis di blog aku ni
nampaknye makin x paham dan timbul rase ragu2 untuk terus membaca

terpulang

. . . . . . . .

sebenarnye ape yang aku cube nak sampaikan disini ialah kisah aku percaya atao x percaya pada manusia bernama lelaki.
(ya, seblom itu saye nak membuat pengumuman bahawasanya saya adalah seorang gadis)

kehidupan aku yang sudah biasa dikelilingi dengan manusia bernama wanita, perempuan, gadis dan seangkatan dengannya, sentiasa berwaspada dengan manusia bernama lelaki.
seriously
sekolah rendah sekolah perempuan
sekolah menengah sekolah perempuan
hidup aku sentiasa bersame mereka2 yang same sejantina dengan ku

apabila munculnya manusia bernama lelaki, aku sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. bukan aku nak kata semua lelaki itu pendusta penipu pembohong mahupun kasanova
tidak tidak tidak sama sekali
abang2 n abah aku xkan la aku nk ckp cmtu plak an
yg ni aku nak tujukan kepada sebahagian lelaki diluar sane.. bukan semua lelaki.. skali lagi diulang.. sebahagian lelaki bukan semua lelaki..

D O N E

 aku rase aku ni telah ditanamkan kata2 bahawa lelaki ini suke brkate2 dusta dan sukar dipercayai sejak azali lagi
oleh disebabkan itu aku sering berwaspada dalam menjalani hari2 yang mendatang..
mak abah siblings kawan sahabat teman ustaz ustazah cikgu lecturer sume kate
jangan percaya 100% pada kata2 seorng lelaki selagi mana dia belom berkahwin dengan kamu!
uumm.. macam mane tu?
satu tande ? yang besar menghempap kepale ni

jangan letak 100% kepercayaan dan kesetiaan kepade seorang manusia bernama lelaki selagi mana dia tidak berkahwin dengan kamu

kkkuurrrr~~
menurut pemerhatian aku gak
ape yang aku dapati, ramai sahabat2 aku (gadis) yang kecundang dalam percintaan.. selalunya disebabkan timbulnya perkataan DUSTA dalam hubungan tersebut
aku tatao sangat tapi ape yang aku slalu tengok laa.. luahan2 perasaan sahabat2 kt fb kn banyak

"dia tipu aku! kate nk g tengok bola! rupe2nye dia pergi karaoke!"
"awak sanggup tipu saye, cakap setia pade yang 1, tapi awak tipu saye.. awak pasang 3!"
"bf saye tipu saye, buat laen kate laen!"
"jantan x guna! kate suke sayang aku, tapi belakang aku, ko ngn jantan laen! (gay)"
"kau tipu aku, ko kate ko xsuke kucing, tpi semalam aku nampak ko maen2 ngn kucing tu!!!"

=_="

sudah2 la tuuu
sebab tu la aku sentiase berwaspada dan sentiasa berfikir sebelum membuat keputusan

  P E R C A Y A X P E R C A Y A

sekian


F I K I R . S E J E N A K

bismillah

post ini bukan untuk menyakitkan mauhupun melukakan mane2 belah pihak.. cume mahu dijadikan sebagai renung-renungan dan untuk diambil sebagai ikhtiar.

. . . . . . .

pagi tadi aku ade on9 FACEBOOK and ade status yang aku bace yang berbunyi

"Tahun ni telah masuk 6tahun bersama kamu..mcm2 dugaan kita hdpi tk ber1 malahan dugaan 2 dtg tatkala kita sudah pon ber1..semkin ari semkin bertambah dr ari ke bulan dr 
bulan ke tahun..moga penantian yg kita usahakn selama ni akn mbuahkn hasil..Amin..:)"

di atas ni adalah status yang ditulis oleh seorang gadis yang masih belom berKAHWIN
for your information.. gadis yang BELOM BERKAHWIN..

uumm.. ade rase bangge gak bace status tuu.. lamee tuu dye brtahan ngn kekasih hati dye tu.. bukan nak kate aku jealous.. TIDAK SAMA SEKALI! tapi tu laa.. teror woo dye bleh brtahan sampai begitu lame sekali.. bagos la tuu..

N E X T !

aku trbace plak status cikgu kesayangan aku ni yang berbunyi

"Alhamdulillah dah 7 tahun rupanya.segala susah senang diharungi bersama.semoga bahagia sampai syurga."

A M I N !!

doa daripada seorang wanita terhadap usia perkahwinan mereka yang halal
sekali lagi diulang PERKAHWINAN DAN HUBUNGAN MEREKA YANG HALAL LAGI BERKAT! uhhh.. yang ini betol2 aku kagum and JEALOUS! huhuuu.. ni baru la betol kalo ade rase cemburu tu.. 

aku doakan agar cikgu aku tu dapat kekalkan hubungan kasih sayang sebagai suami isteri yang HALAL itu sampai ke syurga.. aminn!!

fikir sejenak. mane lagi seronok? kawen lame2 ke? couple lame2?
berape pahala yang diperolehi daripade hasil sebuah perKAHWINan
dan
berape banyak dosa yang diperolehi daripada hasil sebuah perCOUPLElan

jentikkan hati anda dan getarkan hati anda dengan persoalan ini

apa tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan?

^_^



Monday, June 4, 2012

T E R I M A L A H . N A S I H A T . I N I

bismillah..

Assalamalaikumwarahmatullah..



ANTARA NASIHAT SYEIKH ALI TANTAWI KEPADA MUSLIMAT SELURUHNYA

WAHAI PUTERIKU,
PINTU PEMULIHAN (CARA MENCEGAH) ADA DI HADAPANMU. KUNCI PINTU ITU ADA DITANGANMU. JIKA ENGKAU YAKIN PADANYA DAN ENGKAU BERUSAHA UNTUK MEMASUKI PINTU ITU, MAKA KEADAAN AKAN BERUBAH MENJADI BAIK.

ENGKAU BENAR PUTERIKU,
BAHAWA KAUM LELAKILAH YANG MULA-MULA MELANGKAH MENEMPUH JALAN DOSA BUKAN WANITA. TETAPI INGAT, BAHAWA TANPA KERELAANMU DAN TANPA KELUNAKAN SIKAPMU, MEREKA TIDAK AKAN BERKERAS MELANGKAH LAJU. ENGKAULAH YANG MEMBUKA PINTU KEPADANYA UNTUK MASUK.

SEANDAINYA ENGKAU TAHU LELAKI ITU ADALAH SERIGALA DAN ENGKAU ADALAH KAMBING, PASTI ENGKAU AKAN LARI SEPERTI LARINYA KAMBING DARI ANCAMAN CENGKAMAN SERIGALA

SEKIRANYA ENGKAU SEDAR, BAHAWA SEMUA LELAKI ADALAH PENCURI, PASTI ENGKAU AKAN BERHATI-HATI DAN SENTIASA MENJAGA DIRI DARI DICURI (SESUATU YANG BERHARGA DARIMU)

LELAKI MENGHENDAKI YANG PALING BERHARGA DARIMU, IAITU HARGA DIRI DAN KEHORMATANMU.
NASIB SEORANG GADIS YANG DIRAGUT KEHORMATANNYA LEBIH MENYEDIHKAN DARIPADA NASIB SEEKOR KAMBING YANG DIMAKAN SERIGALA.

WAHAI PUTERIKU,
DEMI ALLAH! APA YANG DIKHAYALKAN OLEH PEMUDA KETIKA DIA MELIHAT GADIS IALAH GADIS ITU BERTELANJANG DI HADAPANNYA TANPA ADA SEBARANG PAKAIAN.

DEMI ALLAH! JANGAN PERCAYA TERHADAP KATA-KATA SEBAHAGIAN LELAKI, BAHAWA MEREKA MEMANDANGMU KERANA AKHLAK DAN ADAB. BERBICARA DENGANMU SEPERTI SAHABAT DAN APABILA MENCINTAIMU HANYALAH SEBAGAI TEMAN AKRAB. BOHONG! BOHONG! DEMI ALLAH DIA BERBOHONG. SEANDAINYA ENGKAU MENDENGAR SENDIRI PERBUALAN ANTARA MEREKA, PASTI ENGKAU TAKUT DAN NGERI.

WAHAI PUTERIKU,
LELAKI YAN BAIK DAN SOLEH AKAN DATANG KEPADAMU, DENGAN SEGALA KERENDAHAN HATI, MEMOHON KEMAAFAN, MENAWARKAN KEPADAMU HUBUNGAN YANG HALAL DAN TERHORMAT. DIA AKAN DATANG MEMINANG DAN MENGAHWINIMU.

^_^


F E N O M E N A B O O K F A C E

bismillah

okay
kali ni nak cerita pasal 
F E N O M E N A F A C E B O O K

demam facebook
ku sebenarnye boleh dikategorikan sebagai seorang 
pesakit tegar facebook
uhh.. ape laa facebook ni da buat sampai
ku menjadi seorang yang ketagih dengan facebook
it's a true story
tiada kompromi

rasenye bukan ku sorang je yang rase bende ni
tapi ramai lagi manusia2 kt lua sane yang rase bende yang same
eemm

hidup ku dan facebook???

1. bile xde bende nak buat. perkara pertama yang bermain di minda = " FACEBOOK"

2. melihat status2 terkini yang dipostkan oleh rakan2 FACEBOOK

3. ku selalu naek status.. tak sampai beberape minit kendian, ku remove balek status tu

4. suke like status2 orang and kenkadang tu x bace pon ku like gak :D

5. kalo di perhatikan, terlalu banyak manusia yang suke meluahkan perasaan mereka di FACEBOOK

6. tidak suka tengok post2 pasal cintancintunlovelovebagai

7. always menanti kalao2 ade orang nak chat.. kadang2 on FACEBOOK berjam lamenye.. tapi xde orang pon yang nk chat sad*

8. sangat mengalu-alukan bagi mereka-mereka yang mahu brchat dengan ku. hahah!

9. suka comment yang melalut-lalut, lepas tu fikir panjang.. (patot ke ku cakap cmtu?) blablabla

10. sanggup berebut nak on9 FACEBOOK gune laptop ngan sis walaopon di hengpong ku ini boleh on9

11. pagi petang siang malam FACEBOOK senang cerita

pesanan untuk diri ini dan juga sahabat handai di luar sana
jangan lah terlalu taksub dengan FACEBOOK ciptaan orang yahudi tu.. heu3.. 
sedang memperbaiki diri dan kurangkan berFACEBOOK.. 
Insya-Allah.. akan cuba yang sebaik mungkin


^_^